Usah Diragui

22 Jul
Salam,

Biar daku berbicara dari hati yang lara. Mungkin sedikit kecewa dengan tindakan mereka. Oh, siapa mereka? Pastinya teman². Teman² yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Andalah dramatis terkemuka, hidup dasar berpura². Terima kasih kerana menyampaikan segala berita, segala kejahilan dahulu kala. Terima kasih kerana membuatku membuka mata, hati dan minda. Bahawa berhati² walau di mana², bila² masa, siapa sahaja. Lebih² lagi tatkala ingin membina hidup bahagia. Pastinya ada yang memandang serong lalu mula mencaci hina. Disampaikan segala berita nista.


Alhamdulillah, biarpun perit aku tetap redha. Diharap si dia begitu juga. Segala ujian ditempuh bersama, suka dan duka itulah cinta. Janji sehingga menutup mata. Alhamdulillah, Allah kurniakan si dia, bijak mencerna segala berita. Supaya tiada yang merana, hatta aku mahupun dia. Terima kasih sayang, kasih cintamu tiada terbayang. Buat si dia, setiap insan punya cerita. Cerita silam biarkan berlalu, kelak bahagia kan bertemu. Ku padamkan kenangan hitam dari ingatan, ku bina bahagia dengan dirimu sebagai teman. Teman sehidup semati, suka dan duka, senantiasa di sisi. Usah kau ragui hati ini, daku perlukan sedikit sokongan, untuk berubah ke arah kebaikan, untuk ku menepis segala tohmahan, untuk mencintai dan dicintai seorang insan. Terima kasih kerana masih memahami. Hanya satu pintaku, usah kau ragui hati ini…


Sayang, sesungguhnya ku tahu, bukan mudah bagimu.
Semua yang berlaku akan mengujimu, mengujiku.
Apa terjadi, usah ragui…
Hanya satu,

7 Respons to “Usah Diragui”

  1. shandye. Julai 22, 2011 pada 5:05 am #

    haters gon' hatin'…

  2. cik Nemo Julai 22, 2011 pada 6:04 am #

    Terima Kasih Cinta.🙂

  3. Cahya Qasehnya Julai 22, 2011 pada 7:11 am #

    sabarlah pojie.🙂

  4. i'm shin... i'm inesen Julai 22, 2011 pada 9:00 am #

    hurm.. ku mencari cari.. teman yg sejati.. buat menemani.. pejalanan ini….

  5. Hairi Tahir Julai 22, 2011 pada 9:02 am #

    Hold on there, Pojie. Jika sepuluh manusia berhimpun untuk menghina seseorang manusia, tetapi Allah mahu memuliakannya, maka tetaplah dia mulia.

  6. Encik Psychopath Julai 22, 2011 pada 3:11 pm #

    this is fucking jiwang than me.

  7. Izz Latif Julai 22, 2011 pada 5:18 pm #

    ~bak kata orang~satu jari menuding, lagi 9jari menghala ke diri sendiri…biarkan saja haters itu….(^-^)www.izzlatif.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: