Klimaks Dreamgirls, "And I Am Telling You I’m Not Going" & Effie White

23 Jul
Salam kawan²,

Selamat berhujung minggu. Oh, bagi yang tiada perancangan untuk hari minggu nih, Pojie sarankan kepada anda cepat² pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Dreamgirls. Malam esok adalah persembahan yang terakhir. Dan normally persembahan yang terakhir lagi best sebab mereka all out, kira last kopek la tuh. Kasi pukul habis. Dan sehingga kini Pojie masih lagi terngiang² persembahan kemuncak di mana Dina yang memegang watak Effie White telah dipulaukan oleh semua teman² dengan penuh ego dan attitude dengan lagu “It’s all over”. Kemudian Dina mempersembahkan lagu “And I Am Telling You I’m Not Going” dengan baik sekali, memberikan emosi dengan kelantangan vokalnya, malah tidak keterlaluan dikatakan sehebat pemain watak asal iaitu Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Itulah babak terbaik dalam pementasan tersebut.
Oklah since tiada rakaman babak kemuncak itu untuk Dreamgirls di Istana Budaya, jadi Pojie share kepada kawan² rakaman asal pementasan Dreamgirls pada tahun 1981 yang watak Effie White dijayakan oleh Jennifer Holiday dengan baik sekali. Penuh bertenaga dan emosi, sehingga melahirkan mimik wajah yang kelakar bagi Pojie, demi melahirkan penghayatan yang mantap. Haha, layankan…

Hebat bukan! Kemudian pada tahun 2006 pula, Dreamgirls diangkat ke layar perak dengan Jennifer Hudson sebagai pendukung watak Effie White. Persembahan bertenanga dan mantap dengan gaya tersendiri turut ditampilkan…



Hebat bukan??! Seperti itu jugalah Dina menjayakan watak Effie White. Meremang dengar Dina nyanyi dalam Dreamgirls sehingga dikatakan dialah pemegang utama watak Effie White menggantikan Elvira Arul, dan bukan lagi sebagai pelakon gantian. Hebat bukan! Nanti kalau ada rakaman, atau ada di Youtube, kelak Pojie share dengan kalian. Tapi apa² pun meh layankan paduan suara Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Walaupun memasing over sampai nak tercabut anak tekak, usus besar, ginjal segala bila melihatkan mereka menyanyi, tapi sewajarnya mereka mendapat standing ovation. Oh, jangan lupa kita sudah ada penyanyi setaraf mereka sekarang. 



Dina, you go girl!!!

Hanya satu,

6 Respons to “Klimaks Dreamgirls, "And I Am Telling You I’m Not Going" & Effie White”

  1. Umar Julai 23, 2011 pada 9:22 am #

    macam best! rugi tak dapat nak tgk.. huhu

  2. cengkodok Julai 25, 2011 pada 7:28 am #

    yg penting die x dapat lwn I yg sebenar…Jenifer Holiday! Voley?

  3. cik Nemo Julai 25, 2011 pada 7:02 pm #

    Mmg tercirit nak nyanyi mcm penyanyi asal. Hahaha. Apepun Dina best!

  4. Pojiepooh Abdullah Julai 28, 2011 pada 2:04 am #

    @Umar alaghai rugi takpe hope ada lagi next time

  5. Pojiepooh Abdullah Julai 28, 2011 pada 2:04 am #

    @cengkodok propah la ko

  6. Pojiepooh Abdullah Julai 28, 2011 pada 2:04 am #

    @cik Nemo meletop!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: