Arkib | Puisi RSS feed for this section

Kau Ku Rindu Selalu…

5 Mei


Tiada intan berkilauan bak sinar matamu,
Tiada yang manis semanis senyummu,
Tiada yang indah selain wajahmu..

Tiap tuturmu bak syair pendita,
Biarpun pedas tetapi bermakna,
Menuntunku ke jalan kebaikan,
Menghindariku dari segala ancaman,
Demiku, kau tetap penutur setia,
Kaulah juga pembahas bicara,
Juga teman sejiwa..

Mak, kaulah insan ku rindu selalu,
Ku rindu gelak tawamu,
Ku rindu air tangamu,
Ku rindu peluk ciummu,
Ku rindu segalanya tentang dirimu..

Biarku tiada berteman, kaulah teman setiaku,
Andai aku tiada berharta, kaulah harta terbaik untukku,
Jika kau tiada di sisiku, kerinduanlah aku akan dirimu selalu,
Kerana setiap hari kau ku rindu selalu…

**Fauzi Abdullah**
Kelana Jaya, Selangor
5 May 2010; 4.39pm

Love,