Arkib | Oktober, 2010

Cashout Earning Nuffnang. HOrayyy!

30 Okt

Salam,

Maaflah yer dah beberapa hari blog tiada berupdate. Ada dah dalam draft tuh, 5 6 entri la juga tapi semuanya tergantung, idea tidak dapat dihabiskan maka tak dapat dipublish mengikut masa yang telah ditetapkan. Ampunn yer kawan². Ohh ya, buat followers baru Pojie, welcome to my blog. Terima kasih sudi follow. Sudi²lah koemn pula yer. Yang drop koemn n mesej kat shoutbox, insyAllah akan Pojie reply jika ada kelapangan…

Actually Pojie nak berkongsi sikit cerita bahagia. Alah, cerita blogger hingusan picisan yang baru cashout earning Nuffnang for the 1st time. Siapa lagi kalau bukan Pojie. Berapa amount dia? Erm, tak perlulah Pojie revealkan di sini since terkedu melihat earning Darkbatman  yang sangat mantap itu. Sangat jeles ok. So, buat malu jer kalau reveal. Hajat di hati nak buat contest teka figure earning Pojie pun dengan hadiah wang tunai yang akan ditawarkan hasil dari cashout itu, terus Pojie batalkan. Ohhh, tak bleh ohhh. Ko jangan nak berangan yer Pojie. Orang lain dah beribu ko sebelah tangan pun lom lepas berangan buat contest bagai. Hahaha!

Tak mengapalah, Pojie akui, walaupun Pojie sudah menjadi blogger selama 2 tahun lebih, tetapi Pojie masih boleh dianggap merangkak lagi. Merangkak dalam serba serbi hal blog. Pojie kira lampi jugaklah mende² nih. So agak jeles di situ bila ada orang lagi muda blognya dari Pojie tapi dah sangat mantap! Pojie tengok jela, tak mampu berkata apa². Inilah yang Pojie bisa dapatkan selama setahun lebih bersama Nuffnang…

Opppsssii, no no no, tak boleh jengah naaa! Sikit jer, compare dengan orang lain ciput jer uols. Trust me, itu pun after lebih setahun baru la merasa. Derita gak tau nak lepaskan RM50 dulu. Huhu. Apa² pun, tang contest Pojie masih lagi berkira². Bukan berkira² nak share rezeki nih, tapi dok fikir siapa jela yang sudi join contest Pojie nih, since POjie dah banned join mana² contest untuk seketika atas sebab sentap. Hahaha! Apa² pun terima kasih buat anda semua…

P/S: Nak buat apa dengan duit tuh? InsyAllah hadiah untuk para pembaca dan pengomen setia 🙂

Love,

Yeah, I’m going to AUSTRALIA!!!

26 Okt

Ehhh, maaf ada kesilapan teknikal di situ. Mungkin juga salah penggunaan grammar pada tajuk entri kali ini. oklah ini yang betul… Yeah, I want to go to AUSTRALIA, again??? Eh, betul la kan…

Salam semua,

Apa la pagi² Pojie dah berangan kan. Berangan tak salah kawan² jika diikuti dengan usaha untuk mencapai angan² tuh. Jangan berangan² tapi duk tang situ juga, tak bergerak, malas, maka jadilah Mat Jenin. Hujung² mati berangan. Haha. Okla, kali ini Pojie cuma nak berkongsi dengan kawan² tentang pengalaman Pojie berada di bumi Australia dulu. Eh, bukan baru² ni, lama dah tahun 2006. Masa Pojie belajar kat UMT (formerly known as KUSTEM). Masa tuh Pojie final year, gigih berjalan demi menjadi duta kecil kebudayaan yang dihantar dalam projek pertukaran budaya. 
Dah nama pun pertukaran budaya kan, kalau tak menari tak sah la kan. Macam mana lagi kalau nak menunjukkan kebudayaan kita kalau bukan melalui muzik dan tarian. Itu yang paling senang dan praktikal di mana saja, betul tak? Pada awalnya kami dijadualkan membuat persembahan di Sydney Opera House tetapi atas faktor keselamatan, kami hanya dibawa untuk membuat persembahan di Malaysian Hall dan juga beberapa buah universiti termasuklah di universiti yang hampir² Pojie melangkah dulu, News South Wales University (NSWU). Tersangat bangga apabila diri ini menjadi perhatian di sana, bertemu kenalan² dari luar negara, berbicara tentang Malaysia dan budaya²nya.
Tapi part paling best apabila bisa membelai haiwan native Australia iaitu kanggaru dan koala. Ohhhh, sangat comel ok. Kanggaru besar juga, jinak² semuanya yang dekat sana. Kalau dipikul beratlah juga. Pojie sangat geram sama itu koala. Hidupnya hanya untuk makan dan tidur saja. Geram! 

Bermacam² kejadian yang pahit, yang manis, yang masam semua ada masa kat sana. 1 pengalaman yang tidak akan Pojie lupakan sampai bila², lebih² lagi pengalaman tertinggal bas nak ke airport. Hahaha, sangat kelakar masa tuh. Kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut silalah baca blog Myspace Pojie dan segala gambar boleh juga dilihat dalam album ini. Tapi apa yang Pojie nak kongsikan di sini bukanlah pasal pengalaman Pojie di negara kanggaru tuh, tetapi impian Pojie untuk ke sana sekali lagi. Wahhh, korang pun boleh juga kalau teringin nak pergi, dengan join contest nih. Pojie pun dah join, wish me luck!

Love,

Ini yang aku menyampah!

25 Okt

Salam guys,

First of all thanks a lot Pojie ucapkan buat a few pembaca yang alert Pojie akan masalah blog Pojie nih since renovation baru² nih. Eii, ini yang aku menyampah nih setiap kali ingin menukar layout blog. Masalah utamanya ialah, Pojie tidak bisa membuatkan semua link² dalam blog ini terbuka di tab/ windows yang baru apabila di klik. So terpaksa la pembaca² bermain dengan button back setiap kali ingin menyambung semula pembacaan di PoJiePooH. Ataupun yang bijak akan “right click” dan “open link in new tab”. Bukankah kedua² cara ini agak melecehkan? Jawapannya YA!

Pojie cuba untuk mencari² tutorial berkenaan dengan ini di Farenova, tetapi tak boleh save pula. Maka terpaksa membuat alternatif lain yang agak melecehkan tatkala ingin menaip entri, iaitu dengan meletakkan target=”_blank” di setiap penghujung link. Itu untuk link yang bisa Pojie edit di dalam entri. Bagaimana dengan link² yang lain pada sidebar blog nih dan lain²? Sangat tidak syok ok. Kawan² ada jalan penyelesaian tak? Bantu Pojie boleh?

Pleaseeeee…

Love,

Info terbaru, sudah update :)

23 Okt

Salam,
Pertama sekali Pojie nak ucapkan terima kasih buat beberapa teman Pojie yang sudi memberikan informasi terbaru dan membetulkan kesilapan dalam penulisan Pojie baru² ini. 1st sekali berkenaan dengan entri Kisah CD Cetak Rompak dan RM400 telah pun Pojie update dengan info terbaru dihujung entri berkenaan dengan tindakan itu belum diputuskan lagi. Terima kasih buat Jumie.

2nd pula berkenaan dengan entri ISLAMIK FASHION… Katanyaaa! Katakaoo!!! sesungguhnya tanpa disengajakan Pojie turut terperangkap dengan fitnah permainan politik kotor oleh pihak² yang tidak bertanggungjawab. Sebab tuh Pojie sangat membenci saam politik. Apa² pun terima kasih sekali lagi buat Wenkt dan Dikmie atas informasi berguna. Maaf atas kesilapan informasi Pojie selama ini.

Selamat berhujung minggu!
Love,

ISLAMIK FASHION… Katanyaaa! Katakaoo!!!

22 Okt

Salam,

Hari² Jumaat nih macam nak mencarut pun ada, tapi sabar. Pojie carut lite² jer kat sini. Nak carut pasal fashion berunsurkan Islamik (kononnya) yang diterajui oleh insan² yang mereka sendiri tidak tahu pasal Islam dan aurat. Lihat sajalah model² ini memperagakan busana muslimah (katanya!)…
Persoalan yang timbul di sini, manakah unsur Islamnya di situ? Baju labuh dan longgar? Bagaimana dengan lengan pendek dan kain lace yang bisa menampakkan kulit dan tubuh? Beginikah fesyen Islamik? Ohh wtf! Pojie seorang yang gemarkan fesyen. Malah Pojie rasa bangga apabila wanita² bertudung kini bijak berfesyen dan dalam masa yang sama menutup aurat. Malah Pojie sendiri mengimpikan seorang isteri yang pandai berfesyen dan menutup auratnya. Tetapi jika ini keadaannya, fesyen Islam celah mana nih? Inilah yang dikatakan Islam hanya pada nama. Risau apabila umat Islam itu sendiri mencemari panduan yang telah Allah tetapkan, sudah pasti ia akan menjadi bahan jenaka masyarakat bukan muslim terutamanya di barat sana. Pastinya mereka akan mengatakan, tiada bezanya fesyen Islam dengan bukan Islam. Sentap tak?!!
Mungkin sebagai garis panduan boleh la perhatikan gambarajah di bawah ini.. Besor² Pojie letak. Kalau nak berikan sedikit nafas moden dan komersil dalam berfesyen, pastikan perkara² ini tidak dilanggar. Kalau nak bertudung labuh dan berpurdah segala mungkin keterlaluan pada Pojie dan agak kolot (maaf), tetapi lain² perlulah dititik beratkan…


Apabila ciri² seumpama ini diambil kira dalam menatacara berpakaian seorang muslimah, pastinya pakaian sebegini tidak akan naik di atas runway yang berlandaskan Islam. Thanks to Jejaka Terhangat. Sekarang nih macam nak mencarut lagilah sebab menyampah dengan kempen berzina dan sekolah hamil yang diwujudkan sekarang ini. Bongok gila babi siot! Pesanan Pojie buat pemimpin² di luar sana, kembalilah kepada al-Quran dan sunnah nabi, dan kita akan temui penyelesaian yang melanda kini, insyAllah…


Info update:
22 Oktober 2010 – Islamik Fashion yang diwar² kan ini adalah mainan politik semata² dari insan² yang tidak bertanggungjawab dan gemar menyebarkan fitnah. Terima kasih kepada Wenkt dan Dikmie atas informasi itu 🙂


Love,
 

Nuffnang Screening; ALTITUDE

21 Okt

Salam,

Semalam Pojie sama Jojobdina gi TGV 1Utama untuk menyaksikan free screening Altitude, hadiah dari Nuffnang kerana menjadi antara 20 orang terpantas menghantar pesanan ringkas “I Want to Watch #Altitude with @NuffnangMY” melalui Twitter. Tak pernah pula dengar pasal movie nih maka Pojie pun layanlah trailer dia kejap…

Erm, seems not bad kan. Dah la Pojie nih jenis yang acrophobia dan claustrophobia, so cerita flight² yang naik tinggi² tatkala itu ada masalah penerbangan dan tiada tempat untuk melarikan diri. Memang mencabar ketakutan Pojie. So layankan jelah dengan harapan ceritanya bagus, sambil² makan popcorn dan coke percuma tajaan TGV 🙂

Tapi kan apa yang boleh Pojie bagitahu, cerita ini agak mengarut ok. Nonsense sangat². Di awal permulaan ia mengisahkan tentang 5 orang sahabat yang ingin ke suatu tempat, berfoya² dan menyaksikan konsert. Masing² dengan perangai biawak masing², sangat teruja dengan penerbangan tersebut kecuali seorang ini yang agak seriau untuk menyertai penerbangan tersebut.

Masalah bermula apabila sebiji skru telah tersangkut di celahan enjin dan menyebabkan pilot gagal untuk menstabilkan semula kapal terbang itu dan seterusnya memasuki ke awan yang hitam. Pelbagai usaha dan pergaduhan yang berlaku demi untuk memperbaiki keadaan dan membawa mereka pulang mendarat dengan selamat memandangkan sekeliling terlalu gelap dan terputus hubungan radio.
Yes, Pojie akui cerita ini cukup untuk membuatkan Pojie untuk takut naik kapal terbang lagi. Tetapi cerita ini sudah mula mengarut apabila adanya kemunculan raksasa yang muncul di sebalik awan hitam itu. Dan segala kejadian yang berlaku, termasuklah raksasa itu adalah hasil imaginasi dari salah seorang daripada mereka. Lepas kena cium dengan pilot yang cun tuh terus segala²nya berubah seperti sediakala… 
Macam haram!

Love,

Polis Malaysia memang suka main tembak² ker ek???

21 Okt

Salam,

Pastinya anda masih ingat lagi insiden beberapa bulan lepas di mana seorang pelajar tingkatan 3, Aminul Rasyid, yang dikatakan ditembak oleh seorang polis dengan sengaja sehingga menyebabkan kematian. Ia telah menjadi isu yang hangat diperkatakan suatu ketika dahulu. Ada yang membela, ada juga yang mencerca. Dan kini kewibawaan dan kepercayaan masyarakat terhadap polis Malaysia tercalar kembali apabila seorang lagi mangsa telah mengalami nasib yang sama, ditembak tanpa sebarang sebab yang kukuh. Bezanya, si mangsa, Norizan Salleh, 30, hanya cedera dan menjadi saksi utama dalam dakwaan ditembak polis tanpa sebab. Untuk cerita lanjut, silalah layan video yang diambil dari Facebook seorang teman nih…


Pojie tak boleh nak mengulas apa² pasal ini, sebab Pojie tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar²nya. Lagipun nih isu sensitif, silap cakap sikit ISA la jawabnya. Apa² pun Pojie dah semakin tidak percaya dengan Polis Malaysia. Sorry to say! Semoga Malaysia aman dari sebarang masalah. Sentiasa berdoa agar pembela masyarakat bisa membantu masyarakat dan bukan membedil sesuka hati. Teringat satu lawak sinis yang mengatakan, “Remember always wear a bullet proof vest whenever you travel in Malaysia”.

Love,

Kisah CD Cetak Rompak dan RM400…

20 Okt

Salam,

Agak terkejut juga Pojie apabila seorang teman menyatakan bahawa sesiapa didapati menyimpan CD cetak rompak (atau pirated CD dalam bahasa Inggerisnya) akan dikenakan denda sebanyak RM400/CD. Whattaafishhh!!! I heard about this thing before and thought a friend of mine just making some joke with me, till I heard it again today. Yes today yer kawan² baru Pojie tahu selepas dikatakan telah seminggu perkara ini dikuatkuasakan. Pojie try google sana sini maka menemui ini dan ini. Ala, cakap² mulut, tak cukup kukuh, tak sukalah nanti menyebarkan info yang tak tepat pula. Cuba la untuk mendapatkan maklumat yang lebih kukuh dan jitu seperti berita atau sebarang ucapan dari mana² kementerian pasal ni, nan ado. Kat sini pun takde uols! So, kalau sesiapa yang ada tuh mohon share yer. 
Pojie sangat tidak berpuas hati di pasal nih bukanlah sebab Pojie menyimpan CD cetak rompak (walaupun ada tak banyak, tetapi semua yang oversea punya, tak nak mengayakan orang kapir kan), tetapi sebab perlaksanaan itu sangatlah mengarut. Kenapa tidak dibanteras kegiatan cetak rompak nih sampai ke akar umbi? Kalau tak dijual takkanlah ada pembeli kan! Kenapa nak tahan orang semata² nak cek ada CD cetak rompak ker tidak lepas tuh denda RM400 per CD. Yer, per CD yer kawan². Ko tak terabur bijik kalau dalam kete ada 1 CD case. Dan setiap CD case ada 20 keping CD, siapa nak membayor RM8000 tuh? Bayor kete aku leh lepas 8 bulan tau! Denda langgar lampu isyarat RM300 baru, itu yang membahayakan nyawa, yang CD nih leh buat orang mampos ker? Ker sebab kerajaan/ polis dah takde duit lagi sampai buat mende² mengarut macam nih?
Hello, buka mata sikit. Kalau nak denda sebab CD haram, baik denda sekali sebab download lagu² secara haram. Kata orang make sense la juga. Yelah, kalau orang tak beli CD pun dia leh download, letak dalam pendrive, main kat modulator. Ada pula yang beli original dan rip di CD yang kosong sebab takut yang original hilang, atau senang bawa ke sana sini dan tak mudah rosak. Sama jer. Yang penting ia perlu dibanteras dari akar umbi. Pendek akal sangat. Nampak sangat yang menguatkuasakan mende² mengarut nih nak menangguk di air keruh. Kannn!
 

Fikir-fikirkan…


Info terbaru:
22 Oktober 2010 – Katanya cadangan untuk mendenda pembeli CD cetak rompak belum diputuskan lagi. Terima kasih buat Jumie atas informasi tersebut 🙂


Love,
 

Apabila Nadine (Miss Malaysia Universe) tercabar oleh Nursajat (Miss Malaysia Pahang)

19 Okt

Salam,
Baru² ini telah berlangsung Miss Malaysia di ibukota selang beberapa bulan selepas Nadine Ann Thomas ditabalkan sebagai Miss Malaysia Universe 2010. Mengejutkan apabila pemenang untuk Miss Malaysia, Nursajat itu memiliki wajah yang lebih jelita serta potongan badan yang lebih menawan berbanding Nadine malah dikatakan beliau selayaknya menggantikan Nadine ke Las Vegas pada pertandingan Miss Universe 2010 haritu. Lihatlah sedutan yang telah Pojie dapati dari Youtube.
 


Setelah dilihat dan diteliti, ternyata mereka bukanlah wanita asli seperti yang disangka. Tetapi mereka kelihatan lebih hebat berbanding wanita sebenar sehinggakan anda dan wanita² di luar sana pastinya turut makan hati seperti Nadine nih yang sudah mula merasakan dirinya tercabar…

Just kiddin. Hehehe…

Love,

Inginku ber-TAEKWONDO semula…

18 Okt

Salam,

Puasa dah lepas, raya dah lepas, potongan badan yang ramping yang telah ku capai kini hancur dalam sekelip mata. Selama dekat 4 bulan sebelum ini aku mengikat perut, menjamah nasi seminggu sekali, berjogging dan berenang 2 kali seminggu tetapi dengan kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal yang lalu telah membuatkan aku terlalu malas untuk beraktiviti fizikal malah banyak pula makan itu ini. Hasilnya, badanku membulat seperti sediakala dengan kehadiran beberapa “spare-tyre” di sana sini.
Argghhhh, tak leh blah siot apabila menyaksikan seorang budak bulat berbogel di hadapan cermin besarnya di setiap pagi. Rasa cam nak bagi penyepak jer. Nak bagi flying kick pun ada jugak! Ohhh,bercakap pasal flying kcik segala, telah timbul idea di dalam benak fikiran ni untuk kembali mengaktifkan diri dalam sukan taekwondo yang telah Pojie sertai seawal Pojie di bangku sekolah lagi sehinggalah kini memiliki talipinggang hitam. Itu dulu ok, badan slim, mantap, boleh buat split 180 darjah, break papan dengan tangan dan kali, tapi kini kalau ada orang rompak aku pun, aku hanya mampu menyerah diri dan jerit jika berani. Huhu. Tapi itulah antara memori yang aku ada. Aku ingin mengembalikan bentuk badan aku seperti dulu dan dalam masa yang sama aku mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri. Andai diperlukan, aku bisa membantu.

Hari tu puas juga la cari sana sini kat area PJ/ Subang/ Shah Alam, akhirnya ketemu. Insyallah aku akan join group teakwondo di UiTM Shah Alam. Katanya dibuka kepada public dan kebetulan pula seorang teman adalah pengajar di sana. Kira ada kawan la juga lepas ni. Taklah malu sangat kan. Akan join pada next sem, tak tahu lah bila next sem tuh. Huhu. Takpela, bagi kesempatan untuk Pojie pulang ke kampung dulu, mengorek almari pakaian Pojie kot² masih ada uniform dan talipinggang, jadi tak payah la berhabis duit beli uniform lagi. Lepas tuh nak kena cari balik sijil pentauliahan terakhir. Kalau takde tuh mati aku kena start dari putih balik. Tak larat woo, lama gila. Tapi apa² pun kena la juga belajar dari 0 semula sebab memang dah lupa. Haha.
Ada yang bertanya kenapa memilih suka taekwondo dan bukan sukan lain. Erm, entah. Maybe sebab Pojie tak berapa meminati sukan bolasepak kot. Jadi tak boleh la join member² gi main bola kat padang atau futsal kat mana² port. Tennis dan badminton Pojie minat juga, cuma Pojie merasakan dengan sukan taekwondo nih Pojie dapat 2 dalam 1; sihat dan ilmu. Tak sabar rasanya nak memulakan pemelajaran. Gian rasanya nak melepaskan geram dengan menumbuk puching bag. Yelah, nak tumbuk orang boleh jadi gaduh, cedera silap² mati, tumbuk punching bag habis² kuat terburai jer isi perut dia tuh. Haha.

So, harapnnya agar bisa mendapatkan semula ptongan baan yang menarik selepas ini selain memiliki stamina yang tiptop. Mahu swimming balik n jog. Ohhh, i love swimming too. Selain boleh toning, boleh juga cuci mata. Hahaha… Jadi, lepas nih siapa rasa nak kena flying kick dari Pojie, silalah cari pasal yerr

Hiyarrkkhhhh!!!
Love,