Arkib | Oktober, 2010

Dilema mencari seorang ISTERI

15 Okt
Salam,

Tatkala menulis entry ini, aku merasakan getaran yang sangat kuat, kemudian mengendur, kembali kuat dan kemudian mengendur lagi dan begitulah sehingga kini. Entry yang agak peribadi buat seorang Pojiepooh. Entry gembira untuk ramai kawan² dan pembaca, tetapi tidak semuanya gembira pada diri ini. Rasa sayu, gembira, panas, sejuk, sedih, suka semua ada dalam satu rasa. Bercampur baur tanpa dipaksa². Tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara, tapi tetapku cuba. Maaf andai tulisan kali ini berbaur serius dan tidak tersusun. Kerana meluahkannya terus dari hati, tidak bisa berbicara dengan teliti. Berbicara mengenai cinta, antara yang hak dan batil, jiwa dan naluri, kasih dan tanggungjawab. Sesungguhnya cinta sangatlah rumit


Tau tak dalam hati nih tengah berbunga² teringat kat seorang gadis yang sikit² membuka hati ini untuk kembali menyintai seorang insan, seorang wanita. Kali ini aku agak berhati², sebab aku sangat takut dikecewakan lagi dengan insan bergelar wanita ni. Yang ini pula so far macam ok, macam tak ok. Try la hint² sama si dia yang aku gelarkan Miss Q, tetapi jawapan dia agak mengelirukan. Sedikit kecewa bukan kerana setiap permintaan ditolak, tetapi diberikan jawapan yang kabur. Agak kurang jelas di situ menyebabkan hatiku berbolak-balik. Mungkin si dia terlalu memikirkan status usia kami berdua. Ya saya akui dia wanita pertama yang saya cintai berusia lebih sikit dari saya, tetapi pada saya itu bukan masalahnya. Andai dia juga merasai perasaan ini, kelak ku lamar sebagai permaisuri hatiku.


So far mak abah dah bagi greenlight, cuma nak suruh aku drive to the next level. Kalau dapat greenlight dari si dia, mak abah terus nak merisik dan masuk meminang. Malah akan terus menetapkan hari berbahagia kami kurang dari masa setahun. Yela tak nak lama² katanya, bahaya! Mak dah terlalu beriya² inginkan menantu, begitu juga dengan diriku. Walaupun jika ku ukur tahap keinginan mak melebihi 30% dari tahap keinginanku. Kadang² terfikir di benak akalku, “Siapa yang nak kahwin sebenarnya nih?“, walaupun aku tahu jawapan dia tentulah aku, tetapi mak sangat teruja, abah pun lebih kurang sama. Mungkin kerana saudara mara yang memiliki anak sebaya aku sudah pun melangkah ke jinjang pelamin, ada yang sudah beranak pinak, sedangkan anak bujangnya 26 tahun masih belum bertemu cinta. Anak yang sulung pula. Nak harapkan yang lain² bilalah impian akan menjelma.


Aku bersyukur pada Allah kerana masih ada secebis perasaan cinta ini walaupun dalam masa yang sama aku sedang berperang dengan perasaan dan keinginan dalam diri yang tiada berpenghujungnya. Aku tahu, perasaan itu masih menebal dalam diri ini, tetapi aku berjanji andai aku dapatkannya, akan ku tinggalkan segala²nya, akan ku jaga dia sepenuh hati. Cuma aku terlalu takut dengan masa depan andai aku bersama dia. Andai tidak bisa ku tinggalkan ia dari dalam diriku. Aku takut kelak mengecewakan hati seorang wanita yang berhak disentuh oleh lelaki yang lebih baik dari aku. Dan dalam masa yang sama, mengecewakan hati ini buat kesekian kalinya…


Sebenarnya terlalu banyak yang membebani fikiran ini bila masuk hal² berumah tangga. Banyak yang aku perlu fikirkan. Fikirkan tentang hutang², kewangan, further study. Belum masuk lagi tanggungjawab sejak azali lagi, tanggungjawab dengan mak abah, nak bahagiakan mereka, senangkan hidup mereka, hantar mereka menunaikan haji, nak tengok adik² berjaya masuk universiti dan tamat pengajian, barulah boleh aku fikirkan pasal diri aku. Sebab sehingga kini aku rasakan aku belum berpeluang membalas jasa² mak abah. Tak nak ditambah lagi tanggungjawab nak jaga isteri, anak² pula lepas tuh, ibu bapanya tanggungjawab kita juga. Pojie rasa Pojie tak mampu, Pojie belum bersedia. Lebih² lagi apabila memikirkan “kecacatan” pada diri ini, kelak mengecewakan si dia, dan seterusnya diri ini. Pojie tak mahu mahligai cinta yang dibina, ranap kemudian hari. Cukuplah pengalaman teman² dan berita kini buat Pojie kecut perut mencari isteri. Pojie lebih rela hidup berseorang diri dari kecewa dikemudian hari.


Mak mungkin kurang mengerti akan hal ini. Betapa peritnya menjadi anak sulung, tanggungjawab terpikul di bahu, berat untuk dikendong. Orang dulu mungkin lebih senang, tiada banyak soal bicara. Hantaran juga sedikit cuma, tidak seperti kini. Ya, anak orang lain hidupnya tidak serumit anakmu. Along tau, mak kecewa anak mak tak nampak bayang² nak naik pelamin pun kan. Mak tentu risau andai tidak berkesempatan menerima menantu dan menimang cucu kan. Along tak nak mak berkecil hati, cuma doakan yang terbaik buat diri ini. Along tak bisa menggembirakan mak dengan jalan ini, kerana risau mengecewakan hati yang lain kemudian hari. InsyAllah, semua rezeki sudah ditentukan Illahi, mak doalah agar dipercepatkan rezeki itu. Along pun dalam hati melonjak ingin membelai seorang isteri, seorang teman untuk mak juga dan andai sudah bersedia akan ku jerit, “Alah emaik kahwinkan aku“. Tapi apakan daya, terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Terlalu berat tanggungjawab yang dipikul kini. Kawan² pun doakan ok.


Alangkah eloknya dapat menyanyikan lagu ini bersama² Miss Q andai impian jadi kenyataan. Sweet kan. Lirik dia macam kena jer dengan kami. Kisah suami isteri yang busy dengan tugasan masing² tetapi at the same time cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk bersama tanpa sebarang sengketa. Huhuhu…


Love,

Layan Contest Nama Untuk Anak Wa

12 Okt
Salam,

Erm, rajin bebenor ler kawan² buat contest kat sana sini. Macam rimas juga bila dipaksarela suruh join contest depa, tapi bila fikir² balik ada hikmahnya. Bukan habuah hadiah yang dinginkan tetapi persaudaraan di alam maya yang diharapkan. Ceh³, propah sangat! Alah, Pojie kebetulan takde idea nak tulis entri apa nih, si Yuyu plak suruh join contest, layan jela minah nih.

Terkejut jugak bila dia cakap Contest Nama Untuk Anak Wa (wa di sini refer kepada Yuyu). Ingatkan dia sudah berpunya dan akan memiliki anak? Hampir² aku patah hati nak ejas², tetapi rupa²nya untuk anak buah dia yang akan dilahirkan tak lama lagi. Uiks, minah nih kecoh kan akak yang nak bersalin dia yang dok sibuk² cari nama la, cari barang² baby la. Kalau baby dia, aku rasa gudang Anakku tuh dia pulun habis. Hahahah!

Oklah Yuyu, Pojie nak jawab nih, mahu namakan bakal anak buahmu itu dengan nama RAJA HAIRI SHAH. Amacam? Cara tak? Pojie amik nama Hairi sebab itu nama my bestfriend Pojie dari tadika sampai la dah nak nikah nih. Orangnya ensem, chinese look, yang penting dia model dan budak lawyer. Pandai ok, jeles sangat sama dia sebab mak selalu banggakan dia. Tapi Pojie bangga gak dengan dia sebab dia superduper cool! So, Pojie mau tag 3 orang awek;

Natasha Eone
Eny Kikilala
Eyka Meow

Semoga yang di-tag itu senang hati join contest minah nih. Hahah! Apa² pun Yuyu, Pojie pun tak sabar nak tunggu anak Pojie jugak. Anak apa? Anak sugar glider. Planning nak amik satu lagi yang jantan buat peneman Prada ;p

Love,

Senyum :)

11 Okt
Salam,

Di pagi Isnin nih biasalah kan, penyakit Monday Blues melanda. Suram dan kusam jer rasanya. Pojie pun tak terkecuali. Dengan hambatan kerja yang tak berkesudahan. Apa² pun make sure anda sentiasa happy dan ikhlas dalam sebarang pekerjaan. Yang penting SENYUM ok! Sebab bila korang senyum, semua akan sejuk hati, senyum kembali kepada korang dan secara automatiknya hati korang turut sejukkkk jer.. Apa² pun leh layan lagu nih, sure korang akan tersenyum…

Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit…

Love,

Weekend yang padat!

9 Okt
Salam,

Huwaarrgghhh! Bestnya buat kuak lentang atas katil weekend² ni. Nak sambung korek idung sambil layan citer² kartun kat TV. Ohhh, what a pleasure… Ehhh, sat! Ohhh, shit! Baru teringat program yang kena attend harini dan esok….

See, gilalah. Dato’ Siti pun kalah macam nih. Sampai hari Sabtu Ahad pun sibuk memenuhi undangan show rumah terbuka. Kalau nak tahu inilah Pojie. Sangat sibuk berkerja hari², dari hari Isnin sampai Jumaat. Nak rehat² kan badan hari² minggu pun ada jer yang berharap kehadiran kita. Kang kalu tak datang kurang meriah katanya, kurang hiburan. Celaka ko kannn, ko nak suruh aku buat pole dance ker lahar? Hahaha! Tak mengapalah, dah itu Pojie rela. Sebab kadang² bosan gak sepanjang hari duduk rumah. Balik² kemas umah, sapu lantai, mop lantai, basuh bilik air, walhal duk bertiga dalam umah nih macam duk sorang. Bukan bersepah sangat pun rumah Pojie tuh.

Ohh, lupa nak bagitahu, kalau sesiapa terjumpa Pojie kat mana² event di bawah, sila jangan malu untuk menegur yer, sebab nak harapkan Pojie yang pemalu nih tegur korang, kirim salam la… Kekwat tak aku. Kikiki, bukan kekwat la kawan², segan… Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia buat buahati Pojie Malaysia, Dato’ Dr Sheikh Muzaffar yang akan melangsungkan perkahwinan bersama Dr Harlina pada hari Ahad nih. Yeahh, tak sabar mahu menghadiri majlis mereka di depan TV3. Wakakaka!

Love,

Cutie Pet Fair 2001 @ Central Park, 1 Utama

8 Okt
Salam,

Erm, buat sesiapa yang ada pet, xkisah la sugar glider ker, kucing ker, chihuahua ker, kalau weekend nih rasa² free, takde mende nak buat, bleh la mai ke event ini. Mana tau boleh tambah pengalaman.

Ia diadakan di Central Park, 1 Utama pada 9 dan 10 Oktober 2010 bermula dari 10 pagi hingga 6 petang. Untuk senarai aktiviti dan acara yang akan berlangsung, boleh la refer ke Petfinder.my ya. Insyallah kalau Pojie pergi pun maybe petang² sket kot since program untuk sugar glider nih dalam kul 4 petang jer baru start. Sebelum tuh pasal cats la, dogs la.

So, see ya!

Love,

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) Kak Ina KL

8 Okt
Wahhhh, Kak Ina and The Baruts??! Band baru ker uols? Meletop tak? Oiii Kiah, Tipah, kau jangan main², ketua dia seorang ibu tapi masih mantooop tau! Bukan mantooop melalak, tapi mantoooop berblogging. La nih nak bagi hadiah pula. Wow, kelas kau Marlia Kak Ina oi! Mencurah² lagi la rezeki akak and The Baruts geng hendaknya. Eh, lupa masuk² tak beri salam.

Salam semua….

Nih bukan apa, saja gedik² nak join contest Kak Ina KL [KLIK]. Dia kan bloggernita, yang dijangka sebaris dengan bloggernita RedMummy dan Hanis Zalikha tak lama lagi. Kaoo mampoo? Akak tak mampoo deknon, lebih² lagi pengunjung blog beliau sudah mencecah 400,000 orang. Kak Ina dengan geng² tali barutnya (yang kini saya gelarkan Kak Ina and The Baruts) sangat gigih ok. Sampai Pojie nak join the geng pun tershampak ke geng tali lain –TALIBAN! Hahaha!!!

Hah, melerts tak tagline dia? Kira kalau orang luar Kolumpo (KL) datang KL tak ingat Kak Ina, tak sembah ratu, harus trafik korang menjunam selama seminggu. Gittew! Tapi since Pojie kira dalam KL nih, hari² ingat kat dia sama jer trafik nan ado, apa cer? Sentap tau! Takpela, usah dikenang kisah sedih seorang blogger bernama PojiePooh nih. Huhu. Tapi kan mesti korang tertanya² apa la yang best sangat pasal blog Kak Ina ni yang “Tertunailah Hasrat di Hati” nih? Tah hasrat apa yang tertunai tuh tidak pulak dikongsi bersama. Hasrat nak bagi Pojie menang kannn? Sayang Kak Ina, mmuahhh! Dan² la ko Pojie!

Okla, actually blog pemilik seorang wanita tabah ini yang akan menyambut ulangtahun ke-2 blognya November ini, banyak berkisar tentang kehidupan beliau sebagai seorang isteri dan ibu. Kelebihan yang dilihat seperti masakan. Beliau sangatlah suka berkongsi resepi masakan yang sedap² macam Kak Nor, yang bisa buat Pojie meleleh air liur kelaparan, lebih² lagi di kala bulan puasa yang lalu. Siap pernah sekali beliau hadir di sebuah event dengan membawa kuih yang sedap. Tetapi, yang peliknya, dengan kebijaksanaan beliau masak memasak nih, tidak pula Pojie dengar beliau membuat open house untuk menunjukkan skill serta kehebatan beliau. Wahhh! Bila lagi kak? Takpe² kita tunggu Raya Haji, kalau tak sempat juga, tunngu Deepavali jelah ek ;p

Selain itu juga, beliau juga merupakan anak emas Nuffnang. Yelah, earning beliau beribu kot dengan company tuh. Ko gila tak sayang orang² hebat seperti Kak Ina ni, yang sering menjayakan iklan dan event² yang diadakan, walaupun bergelar seorang isteri dan ibu. So far Pojie pernah jumpa Kak Ina 3x jer kot memandangkan Pojie bukanlah seorang blogger gigih seperti beliau dan tali barutnya. Hehehe. Okla, cukup la carutan saya terhadap ketua kumpulan Kak Ina and The Baruts nih. Lebih² kang tak menang plak aku. Hahah, usah berharap yer Pojie, entri orang lain tu diaaa lagi grand dari kamu. Takpe², saya hanya nak support kawan² dan memeriahkan majlis walaupun POjie agak keliru di sini. Dia minta pic open house aidilfitri tapi minta story pasal blog dia plak, saya pening la kak. Help! Help!!! Apa² pun bagi memenuhi syarat, jom layan pic jejaka² pujaan Malaya berbaju Melayu di rumah terbuka seorang teman Facebook pada 25 Septermber yang lalu di Putrajaya.

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara dan nurazzah.

P/S: Tengah belek² pic raya ada tak bergambar dengan family dengan gaya yang paling cool, sebab nak join contest BeanMoreno pulak. Jom join!

Love,

Bila si kecil Prada berbicara…

7 Okt

“Yer sayang, apa dia???”

“Entahlah sayang, papa pun kurang periksa hal ini. Mungkin hidupnya merana dan menyedihkan kot, sebab itu dia bersikap tidak berperikemanusiaan. Tiada perasaan sayang pada binatang. Mungkin juga dia binatang yang berbadankan manusia. Sehingga sanggup melihat pembunuhan berlaku… Mana tau… “

Ok sayang, papa janji! Sayang jangan risau ok, papa ada kamu sorang jer. Mama dah takde (kes bapa tunggal)… Sayang kena pandai jaga diri, jangan terlebih noty ok!

“Aishhhh, anak aku nih. Takde mende lain. Makan jer. Debab macam papa nanti takde siapa yang nak nanti. Tengok cam papa nih, duda sampai la nih, takde pun yang sudi masuk meminang. Sebab badan dah bulat. Tapi comel la juga macam kamu. Nah, pi amik papaya nih, makan sampai abes tau”!

Itulah antara perbualan antara seorang bapa mithali dengan anak kecilnya. Usah percaya kerana ini hanyalah rekaan semata². Cuma hingga kini Pojie rasa sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku ke atas Kiddo, anak Ieka Taniea, yang telah dianiayai oleh teman sekerjanya. Sampai hati. Cerita ini Pojie dapati melalui apa yang Pojie dengar melalui auntie Prada, Kak Tash. Semoga Kiddo bersemadi dengan aman. Alangkah Prada terkepit tangan Pojie dah nangis sakan sampai hilang macho seorang bapa tunggal, inikan pula mati. I can’t imagine how broke your heart. Sabarlah ok…

RIP Kiddo…

Love,

Demimu Whopper Burger King!

7 Okt
Salam,

Wahhh since masing² mengetahui pasal Burger King buat promosi semalam, masing² pakat pi sana untuk mendapatkan Whopper dengan harga RM1. Dan setelah menyusun strategi bersama² teman sepejabat, akhirnya ia menjadi milikku…

Gigih tak Pojie dengan opismate ponteng kerja kejap semata² mau pergi ke Burger King di IOI Mall, kerana itu yang dirasakan paling convenient. Sampai² jer hambek kau! Berduyun umat manusia menanti giliran…

Ni kira kami bernasib baik la tak perlu beratur panjang seperti orang lain di lain² tempat. Lebih² lagi masa lunch hour kan, merasalaa habis lunch hour pun dalam queue lagi. Ada juga beberapa kisah haru yang Pojie baca kat wall Burger King. Hahaha… Tak kisah la, janji Pojie lepas hajat. Kira ni 1st time juga la Pojie makan Whopper nih since Burger King is not my favourit, but since ada promo gila gempak nih, layankan saja. Tempat mana lagi yang boleh dapat 3 burger besar dan 3 coke dengan harga RM12.60 sajorr? Takde kann.. Puas ati la, lepas gak la kekenyangan sampai malam sebab Whopper pun besar whooo…

Dan saat yang menggermbirakan apabila kami 1 opis buat Whopper Party. Makan party sampai kenyang. Kerja² tolak tepi dulu janji perut terisi, hati gumbira…

Ngggaaaaaapppppp!!!

Love,

Jom ke RUMAH TERBUKA!

6 Okt
Salam kawan²…

Wahhh, 2nd entri untuk hari ini. Pasal makan juga. Yela, time² masih dibulan Syawal nih meh kita makan selagi terdaya. Sampai terlupa nak Puasa 6. Sentap! Takpela, tiada rezeki untuk tahun nih, hope sempat la untuk tahun depan. So, kali ini Pojie dapat info dari Abg Etomyam nih pasal jemputan ke rumah terbuka. Eh, bukan rumah terbuka beliau ataupun Pojie tapi ini dia…

Erm, apa lagi kawan² jom kita serbu. Hehe. Kira this weekend la last open house. So pulun sampai abes ok. Lepas ni kena start balik diet untuk mendapatkan semula potongan badan yang telah hancur dek raya. Hahahah!

Love,

Jom lunch di BURGER KING!!!

6 Okt
Salam,

Wahhh, apa kes pagi² dah ajak orang lunch nih? Haha, bukan apa uols, POjie nak ajak korang semua makan whopper kat BK hari ni. Tak kisah la bila pun, tapi Pojie plan time lunch nanti. Sebab apa? Sebab nih ha…

Best tak? Dengan hanya RM1 jer korang leh dapat burgur besar camtu. Kalau rasa tak puas leh beli 2 3 lagi. Murah jer. Nak Pojie belanja pun boleh. Tapi untuk hari ni jer tau. Itu pun dengan pembelian minuman berkarbonat. Wowwww, naik lagi la kandungan gula dan kolestrol. Takpe² sekali sekala. Lagi pun dah lama tak makan BK ni. Hiks ;p

So, let’s serbu!!!

Love,