Arkib | November, 2009

Tertawa dan Senyumlah agar terubat Hati yang Marah…

30 Nov

TERTAWA
Sekali tertawa pusing kepala hilang.
Dua kali tertawa bencipun sirna.
Tiga kali tertawa persoalan lari.
Empat kali tertawa penyakit sembuh.
Lima kali tertawa jadi awet muda.
Enam kali tertawa hati penuh sukacita..

SENYUM
Sekali senyum curiga hilang.
Dua kali senyum jadi sahabat.
Tiga kali senyum hati penuh damai.
Empat kali senyum beban jadi ringan.
Lima kali senyum rezeki datang.
Enam kali senyum keluarga rukun.

HATI
Hati yang gembira adalah obat yang manjur.
Hati yang keras menemui jalan buntu.
Hati yang lembut mendatangkan sahabat.
Hati yang Haloba menciptakan perangkap.
Hati yang bersih menjauhkan masalah.
Hati yang licik mendatangkan musuh.

MARAH
Sekali marah Sukacita hilang.
Dua kali marah Akal sehat terbang.
Tiga kali marah Tekanan darah naik.
Empat kali marah teman-teman pergi.
Lima kali marah Jadi cepat tua.
Enam kali marah Pintu dosa terbuka.

Selamat hari ISNIN..
Mulakanlah minggumu dengan senyuman..
Semoga hari² yang mendatang adalah hebat dalam hidupmu..

Love,

Akhirnya, kau MILIKKU!!!

29 Nov

Setelah sekian lama Pojie memendam rasa, jiwa dan raga, akhirnya Pojie telah menyambar 1 barang impian Pojie, yang pernah tercatat dalam wishlist. Yesss, Pojie xmalu mengatakan yang Pojie beli kasut Paul Smith nih dari Uptown Kota Damansara dengan harga RM65, yang penting apa yang diimpikan telah tercapai dengan jayanya. Wahhh, ramai yang mencemik muka nampak! Alah, Pojie sedar diri tak mampu nak bgeli yang original, mahal. So, ini sajalah yang termampu setelah berbulan² target nak beli. Dulu tengok kat Downtown Cheras harganya RM85, kat Uptown Kota Damansara lebih murah, so rembat jelah!!! Itu pun tutup sebelah mata. Hahaha!

Usah diikutkan kata², “Alah membeli, menang memakai“. Kalau dah tak reti jaga harta, beli mahal original macam mana pun cepat rosak. Yang penting kene la pandai jaga dan bergaya, barulah yang murah tetap dipandang hebat! Kan Pojie pernah mengeluarkan kenyataan, “It’s not what you wear, but how you wear it“. Cewah! Hehehe..

Akhirnya, kau MILIKKU!!!

Love,

Qurban: Kelebihan & Hikmahnya

28 Nov

Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamuRiwayat at- Tirmidzi

Huraian:
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii)Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta’ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: “Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan”.(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”.(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: “Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.”

Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidzi

Huraian:
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii)Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta’ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: “Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan”.(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”.(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: “Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.”

Sumber: Tripple M.

Love,

||| Salam Aidiladha |||

26 Nov
Salam,

Buat seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia, Pojie ingin mengucapkan…

Selamat menjalani ibadah korban..
Selamat menjalani ibadah haji..
Semoga apa pun yang kita laksanakan demi Allah, akan menerima ganjaran di Akhirat kelak..
InsyaAllah..

P/S: Pojie tak balik kampung. 1st time beraya kat KL kali nih. Huhuhu..

Love,

||| Happy Birthday AwieFadzly |||

25 Nov

Wish all your dreams come true..
And Allah bless you..

Love,

The Twilight Saga; NEW MOON

25 Nov

Tak sabar rasanya nak tunggu filem nih yang akan keluar panggung pada hari esok.. Erm, mesti best kan!!! Hope budak tuh dah belikan tiket untuk Pojie.

P/S: Seandainya anda ditakdirkan bercinta dengan bukan manusia, antara vampire dan warewolf, mana satu anda akan pilih???

Love,

Hujung Minggu yang Happening VS Tak Happening!!!

24 Nov
Salam..

Kalau kawan² perasan, agak lama juga Pojie tak update aktiviti Pojie dalam PoJiePooH nih kan! Kenapa ek?!! Ntah, bagi yang mengikuti perkembangan Pojie, anda pasti tahu kenapa. Lagipun malas la nak update blog nih dengan cerita² murahan, keluar makan sana sini, beli baju baru la, almari baru la. Kalau mula² maybe yela kot sebab masih tercari² idea dan identiti, now no more. Kalau update pun motip la Pojie nak update sampai 2 3 part. Cukup la Pojie update sikit² jer kehidupan Pojie bukan untuk tatapan umum. Cewahh! No offence eh!!!

Wahhh kenapa ada plak hujung minggu happening dan tak happening nih??! Bukan apa kawan², yang happening nyer bila Pojie dapat meluangkan masa melepaskan rindu pada teman² yang dah lama tak bersua muka bertentang mata, menghabiskan masa bersama² mereka dengan karaoke, bowling dan main hujan. Happening sangat! Kawan² leh baca entri dari teman² Pojie ni; Kak Heze [KLIK], Rizz [KLIK] dan Jai [KLIK]. Yang tak happening nyer bila dah main² hujan, dah berusia nih (senstitif perkataan T*A ok!) mula la kene hujan rintik² pun dah kene demam selsema. Aduhai sabor jela. So hari Sabtu dapat berjimba², hari Ahad terlentang dalam umah jer sampai la hari Isnin.


Hari Isnin kebetulan pulak memang Pojie apply AL, bukan sajer² tapi untuk memenuhi permintaan teman baru Pojie, Davina yang mengadakan Charity Outing. Sayangnya Pojie tak dapat nak join. Maaf yer Davi. Next time maybe. Jadi, melepak jela kat umah tuh sorang², masak sorang², makan sorang², tengok TV sorang², basuh baju sorang². Sedih kan!

Hari nih, datang opis dengan hidung yang “tersumbat” dan suara itik serati nih menyambut panggilan dari tetamu² di luar sana. Ya Allah, sungguh aku tak suka keadaan ini. Kerjaya ibarat penyanyi ini, yang memerlukan lontaran suara dan vokal yang mantap agak terganggu hari ini dengan keadaan sebegini. Tisu dekat sekotak abes, minyak angin pinjam dengan kakak meja sebelah dah dekat sebotol abes Pojie sental² kat batang hidung nih, tak jalan² jugak. Alamatnya malam nih terpaksa gak telan pil selsema dan tumbang sepanjang malam. Hohoho..


Wish me get well soon!


P/S: Menantikan pic² dari budak² nih. Cepat sket oii!!

Love,

||| Happy Birthday AMIR RAYYAN |||

22 Nov


Buat seorang teman,
Buat seorang sahabat,
Buat seorang insan yang bernama…
AMIR RAYYAN..
Ku ucapkan..
SELAMAT HARI LAHIR
Buatmu…



Love,

Sharing is Caring…

20 Nov

Salam kawan²..

Segmen Sharing is Caring kembali lagi.. Maaf Pojie tiada tazkirah yang berguna di hari Jumaat ini. Malah entri kali ini adalah entri fresh (sebab kali ini bukan autpost entri, kantoi!). Kepala agak pusing sekarang ini, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. So tiada idea nak update blog, maka buatlah blog walking dan dapat la beberapa informasi yang Pojie rasakan berguna untuk dikongsi bersama.. Sharing is caring, bak kata Melz, kan²!

1) Tips Blogging Comment Reveal by Melz
2) Pakej seorang Blogger
3) Tips mengurangkan tekanan

Love,

H A T I

19 Nov


Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih…. ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.

Oh ye ke… tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.

Cuma sebahagian saja..

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya…
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
b
ukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. “Musuh”, mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika…
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk
hati itu kembali indah.

-anynomous-

P/S: Happy 39th (month) Anniversary Kaseh…

Love,