Arkib | Julai, 2011

Malaysia dikalahkan Singapura? Takpe, Flexiroam kan ada…

28 Jul
Salam,

Oklah, mesti ramai yang rasa frust semalam pasukan #HarimauMalaya, ada yang nak ikut pasukan Singapura pulang? Kalau nak ikut pulang jangan lupa Flexiroam. Kang kesian pulak korang nak pi sana dah la currency mahal, kene roaming charge pulak, kan best tuh! Kita nak berjimat kan. Eh, melalut sudah!
Oklah, tapi kalau hujung minggu ni ada yang berhajat mahu ke Kota Singa, pastikan Flexiroam turut anda bersama² anda. Jangan lupa masukkan sekali dalam travelling checklist, jadi korang tak lupa nanti. Yelah, dengan Flexiroam korang dapat reduce kan roaming charge antara Malaysia dan Singapura. Kan lebih menguntungkan tuh. Dapat call si dia yang tersayang dengan hanya serendah RM10 sehari dan tanpa had. Tak percaya refer sini. Penjimatan lebih 80% tuh. Jimat tak ingat! Tapi sebelum itu korang perlulah tau how it works barulah penjimatan itu berbaloi. Nanti Pojie ceritakan lebih lanjut lagi berkenaan dengan caranya, serta lain² negara antarabangsa yang boleh anda nikmati penjimatan hebat dengan Flexiroam ini.

Hanya satu,


#WW Wordless Wednesday #9

27 Jul
Hanya satu,

Alalala, buah hati papa!

26 Jul
Salam,

Actually Pojie dilahirkan sebagai anak sulung dari 6 orang adik beradik. Masa kecil² dulu Pojielah yang rajin menjaga adik². Tolong mandikan, tolong bersihkan berak kencing, tukar lampin, tolong dodoikan, uishh best ok. Yang last tuh paling best bila Pojie dapat meng”iqamat”kan dia. Muda² lagi dah ada ciri² seorang ayah tau! So kira dari budak² lagi Pojie dah sangat suka dengan budak² nih especially yang comel dan baik. Yang nakal² tak layan, memang nak kene cubit jawapnya. Lepas tuh ajar dia dengan sains dan teknologi macam Starfall nih. So sekarang nih ada sindrom tak sabor nak menimang anak sendiri pulak memandangkan anak² yang ada tak berapa nak manja dah. Setiap kali tengok baby kegeraman itu adalah sangat luar biasa. Ironinya dulu lebih suka bahasakan diri as “abang” dengan budak², now lebih suka dipanggil “uncle”. So sekarang tak sabar nak baby yang comel yang boleh Pojie hangkut pi opis, gomol² dia tiap² malam macam nih…


Alalala, buah hati papa!
Comelnyaaaa!!!

Hanya satu,

Musim Bina Masjid :)

25 Jul
Salam,
Alhamdulillah sekarang nih hampir setiap minggu ada jer majlis berbahagia dari teman² dan saudara mara Pojie yang terdekat. Artis² apatah lagi setiap minggu ada jer berita mendirikan masjid. Syukur sangat². Semoga kebahagiaan yang dibina kekal sehingga ke syurga. Baru², selang 2 minggu selepas majlis pertunangan Pojie, seorang teman baik Pojie bernama Hafes Ramli pula menyusul, bertunang bersama pilihan hati beliau; Emylia Zakaria di Senawang, Negeri Sembilan.
Tahniah diucapkan!
Perkenalan sejak di kolej dan berbunga cinta awal tahun ini, senyap² terus nak tunang. Wah, masing² dah ikut konsep Pojie yer, bercinta senyap², bertunang terus! Bagus². Tunang pun tak lama, insyallah by end of this year mereka akan bernikah. Amboi, tak sabor² nampak, tak reti tunggu turn ker? Hahah. Tak mengapalah dah rezeki dia sampai dulu. Pojie masih lagi mengumpul, terbuntang² mata demi mencari duit nak kahwin nih.  Huhu. Tumpang gembira bila seorang demi seorang teman rapat Pojie mula nak melangkah ke jinjang pelamin. Yelah, bila lagi kan masing² dah nak menginjak usia emas dah. Huhu.

Wawan Azwani pun baru jer mendirikan masjid pada 23 Julai lepas, clash pulak dengan interview MAS cabin crew so tak dapatlah pergi. Ampun sangat². Apa pun tahniah ya. Oh ye, tidak dilupakan juga tahniah diucapkan buat teman sekolej Pojie semasa di KUSTEM (sekarang UMT), pengacara Majalah 3; Nurul Syuhada Nurul Ain yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman di KLCC minggu lepas. Jemputan untuk keluarga terdekat jer katanya, tak mengapalah janji berbahagia. Agak² kalau Pojie buat konsep majlis kecil² untuk keluarga terdekat dan hanya menyiarkan nota manis saja orang boleh terima tak tanpa sentap? Hahah. Silap² mak yang sentap. Yela dah sah² anak sulung, nak dibuatnya gilang gemilang, nak book Dewan Jubli Intan kat Muar tuh lagi, mampooo??! Haha! Apa² pun doakan jelah agar semuanya berjalan dengan lancar 🙂

Ameennnn…
Hanya satu,

Klimaks Dreamgirls, "And I Am Telling You I’m Not Going" & Effie White

23 Jul
Salam kawan²,

Selamat berhujung minggu. Oh, bagi yang tiada perancangan untuk hari minggu nih, Pojie sarankan kepada anda cepat² pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Dreamgirls. Malam esok adalah persembahan yang terakhir. Dan normally persembahan yang terakhir lagi best sebab mereka all out, kira last kopek la tuh. Kasi pukul habis. Dan sehingga kini Pojie masih lagi terngiang² persembahan kemuncak di mana Dina yang memegang watak Effie White telah dipulaukan oleh semua teman² dengan penuh ego dan attitude dengan lagu “It’s all over”. Kemudian Dina mempersembahkan lagu “And I Am Telling You I’m Not Going” dengan baik sekali, memberikan emosi dengan kelantangan vokalnya, malah tidak keterlaluan dikatakan sehebat pemain watak asal iaitu Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Itulah babak terbaik dalam pementasan tersebut.
Oklah since tiada rakaman babak kemuncak itu untuk Dreamgirls di Istana Budaya, jadi Pojie share kepada kawan² rakaman asal pementasan Dreamgirls pada tahun 1981 yang watak Effie White dijayakan oleh Jennifer Holiday dengan baik sekali. Penuh bertenaga dan emosi, sehingga melahirkan mimik wajah yang kelakar bagi Pojie, demi melahirkan penghayatan yang mantap. Haha, layankan…

Hebat bukan! Kemudian pada tahun 2006 pula, Dreamgirls diangkat ke layar perak dengan Jennifer Hudson sebagai pendukung watak Effie White. Persembahan bertenanga dan mantap dengan gaya tersendiri turut ditampilkan…



Hebat bukan??! Seperti itu jugalah Dina menjayakan watak Effie White. Meremang dengar Dina nyanyi dalam Dreamgirls sehingga dikatakan dialah pemegang utama watak Effie White menggantikan Elvira Arul, dan bukan lagi sebagai pelakon gantian. Hebat bukan! Nanti kalau ada rakaman, atau ada di Youtube, kelak Pojie share dengan kalian. Tapi apa² pun meh layankan paduan suara Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Walaupun memasing over sampai nak tercabut anak tekak, usus besar, ginjal segala bila melihatkan mereka menyanyi, tapi sewajarnya mereka mendapat standing ovation. Oh, jangan lupa kita sudah ada penyanyi setaraf mereka sekarang. 



Dina, you go girl!!!

Hanya satu,

Usah Diragui

22 Jul
Salam,

Biar daku berbicara dari hati yang lara. Mungkin sedikit kecewa dengan tindakan mereka. Oh, siapa mereka? Pastinya teman². Teman² yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Andalah dramatis terkemuka, hidup dasar berpura². Terima kasih kerana menyampaikan segala berita, segala kejahilan dahulu kala. Terima kasih kerana membuatku membuka mata, hati dan minda. Bahawa berhati² walau di mana², bila² masa, siapa sahaja. Lebih² lagi tatkala ingin membina hidup bahagia. Pastinya ada yang memandang serong lalu mula mencaci hina. Disampaikan segala berita nista.


Alhamdulillah, biarpun perit aku tetap redha. Diharap si dia begitu juga. Segala ujian ditempuh bersama, suka dan duka itulah cinta. Janji sehingga menutup mata. Alhamdulillah, Allah kurniakan si dia, bijak mencerna segala berita. Supaya tiada yang merana, hatta aku mahupun dia. Terima kasih sayang, kasih cintamu tiada terbayang. Buat si dia, setiap insan punya cerita. Cerita silam biarkan berlalu, kelak bahagia kan bertemu. Ku padamkan kenangan hitam dari ingatan, ku bina bahagia dengan dirimu sebagai teman. Teman sehidup semati, suka dan duka, senantiasa di sisi. Usah kau ragui hati ini, daku perlukan sedikit sokongan, untuk berubah ke arah kebaikan, untuk ku menepis segala tohmahan, untuk mencintai dan dicintai seorang insan. Terima kasih kerana masih memahami. Hanya satu pintaku, usah kau ragui hati ini…


Sayang, sesungguhnya ku tahu, bukan mudah bagimu.
Semua yang berlaku akan mengujimu, mengujiku.
Apa terjadi, usah ragui…
Hanya satu,

Penjimatan TERHEBAT dengan Flexiroam

21 Jul
Salam,

Sekarang nih musim sale sana sini. Branded warehouse sale pun ada. Kalau SOGO tak payah cakaplah kan “everytime sales” kata member. Tapi basically sale adalah bermusim, ikut masa tak sepanjang tahun (kecuali SOGO), dan diskaun yang ditawarkan pun biasanya 20%-70%. Jaranglah kita lihat sampai 80% kan. Kira taklah berjimat banyak mana pun. Tetapi dengan Flexiroam; penjimatan yang berbaloi², korang mampu berjimat sehingga 90% ok. Tak percaya? Mari Pojie tunjukkan contoh dengan Flexiroam Calculator
Indonesia. Ok, ni contoh la yer. Memandangkan taklah jauh sangat dan ramai pula yang suka ke sana lebih² lagi Bali dan Bandung. Pergi sana selama 7 hari. Wah, konon² pi honeymoon la kot. Lepas tuh setiap hari korang membuat panggilan 10 minit dan menerima panggilan 5 minit. Dengan Telco M, jumlah besar yang akan korang belanjakan untuk panggilan antarabangsa dari Indonesia adalah sebanyak RM899.50, tetapi dengan Flexiroam anda hanya perlu membayar RM70 sahaja! Jimat 92.22%! Bukan itu saja malahan panggilan adalah UNLIMITED

Ini bermaksud korang hanya perlu membayar RM10 sehari untuk panggilan tanpa had. Woi, mana nak dapat penjimatan yang sehebat ini. Wei, mana korang nak cari tawaran sehabat ini selain dari Flexiroam? Oklah basically pergi ke mana² sahaja ketika di luar negara dengan menggunakan Flexiroam memang jimat habis gua cakap lu! Jimat gila tuh, nak bergayut lama² dengan buah hati walaupun di luar negara pun takde masalah la, RM10 jer sehari apalah sangatkan..

Oh, bagi yang belum mendaftar? Daftar sekarangn [LINK] dan akan diberikan RM10 kredit percuma ke dalam akaun anda.Lepas tuh terbanglah ke mana sahaja ke mana² dan dapatkan penjimatan yang hebat ketika anda berada di luar negara…

Hanya satu,

#WW Wordless Wednesday #8

20 Jul

Hanya satu,

Dreamgirls; The Broadway Musical Sensation

18 Jul
Salam,

Baru² nih pada 13 Julai 2011, Pojie telah diberi diberi peluang oleh Broadway Academy untuk menyaksikan pementasan Dreamgirl, dari produksi mereka. Terima kasih banyak². Pementasan ini masih lagi sensation di Istana Budaya tatkala entry ini ditulis sehingga 24 Julai 2011.


Apa yang bole Pojie katakan, Dreamgirls di Istana Budaya ini merupakan pementasan broadway terhebat tahun 2011 ini. Lebih² lagi dengan kehadiran pelakon² yang bukan sahaja hebat dengan lakonan, tetapi juga dengan vokal yang ditampilkan sepanjang persembahan. Sepanjang pementasan audien tidak henti² memberikan tepukan lebih² lagi tatkala Dina yang memegang watak Elfie White melontarkan suaranya yang mentap. Goosebumps ok! Dan untuk watak itu, yang memberikan impak besar kepada keseluruhan cerita, watak Elfie White ini turut dijayakan oleh Elvira Arul. Pojie tak pasti siapakah itu, tapi Pojie tak berkesempatan melihat kemampuan beliau kerana pada malam itu, Dina pendukung watak itu di samping watak² yang lain. Cheryl Samad dan Dafi betul² membuktikan kehebatan beliau dalam dunia seni suara, begitu juga Tony Eusof dan Azura Zainal.


Apa yang boleh dikatakan, jalan cerita dan plot tiada banyak beza berbanding pementasan dan filem asal Dreamgirls ini. Cuma apa yang membanggakan set dan props dia sungguh meletop. Angle dalam setiap babak juga disusun kemas, cuma sedikit menganggu apabila kelihatan sangat ketara crew keluar masuk, menarik menolak props. Mungkin masih sempat untuk membuat sedikit rombakan agar tidak terlalu jelas kelihatan di atas pentas. Walaupun bagaimana pun pementasan tetap hebat! Costume dan wig juga menarik.

Overal Pojie turut memberikan 5 bintang kepada pementasan bertaraf antarabangsa ini. Sesiapa yang masih belum menyaksikan pementasan ini, cepat² book ticket. Selling fast tau! Sangat berbaloi, tiket mahal pun tapi puas hati. Trust me! Dreamgirls cukup mengujakan dan hebat dari 14 Julai – 24 Julai. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari FB Dreamgirls dan sebagai penguja naluri anda, saksikan persembahan mereka yang sememangnya layak mendapat…
standing ovation!


Hanya satu,

Inikah MALAYSIA, negaraku yang tercinta???

16 Jul
Salam kawan²,

Hari ini genaplah seminggu perhimpunan Bersih yang telah memberikan impak kepada Malaysia di mata dunia. Tak kisahlah apa jua tuntuan Bersih itu bagaimana sekali pun tapi pembawakannya adalah ke arah menjahanamkan negara sangatlah dikesalkan. Mungkin Pojie di antara jutaan suara halus rakyat Malaysia yang kesal perkara ini berlaku. Luahan hati kami tidak sedikit pun diendahkan oleh pihak kerajaan dan pembangkang, masing² umpama ingin menegakkan benang yang basah. Kuasa membutakan mata dan mentulikan telinga mereka. Masing² bersalah kerana menyusahkan semua pihak. Dan yang menyedihkan ia memberikan pandangan negatif masyarakat luar terhadap Malaysia.

Melihatkan video di atas (dan video² lain) membuatkan Pojie tergamam dan mengalirkan airmata kesedihan kerana memikirkan keadaan Malaysia yang kacau bilau, tidak seaman dulu. Rakyat bertindak liar atas nama menegakkan hak, manakala anggota keselamatan pula ibarat “harapkan pagar, pagar makan padi”. Di manakah keselamatan Malaysia sekarang? Malaysia sudah semakin tidak aman. Tidak seaman ketika Tun Mahahir mentadbir negara dulu. Pojie sangat sedih. Kalian juga pastinya merasakan yang sama. Sekarang masing² perlu menjaga diri sendiri dan keluarga dengan sebaik²nya, kerana Malaysia sudah semakin tidak aman. Pemerintahan yang kucar-kacir, amat menakutkan dikala ini. Kacau bilau dan jenayah di sana sini. Apa² pun mungkin sudah takdirnya begini umat di akhir zaman. Bertelagah sesama sendiri. Teruskan berdoa agar segalanya aman seperti sediakala.

Insyallah…

Hanya satu,