Arkib | Teater RSS feed for this section

Pojie ♥ teater!!!

14 Apr
Bulan April nih banyak pula aktiviti teater dalam jadual Pojie nih. Jika minggu lepas Pojie menyaksikan Laksamana Do Re Mi bersama Aizoul dan Fir, yang penuh dengan gelak ketawa yang menyakitkan perut, membuatkan Pojie menangis sebab tak tahan lawak, gusi pun tak sempat kering sehingga Pojie dengan suka hati memberikan 4 ½ bintang untuk persembahan itu, dan kini tibalah pula teater Muzikal Gitar Lapok dan Suspen.

Teater Muzikal Gitar Lapok ini dijemput oleh adinda Pojie yang masih menuntut di UNISEL Shah Alam. Terima kasih dik. Teater ini akan berlangsung pada 15 April 2010 di Dewan Utama UNISEL Shah Alam pada pukul 8 malam. Harga tiket adalah RM10 (jika anda beli awal). Jika kawan² berminat untuk menyaksikan persembahan dari pelajar akhir Media Massa UNISEL ini, anda digalakkan berpakaian 70’an bagi mengikut tema teater ini. Dimaklumkan bahawa mereka akan memberikan hadiah kepada penonton yang glamour yang berpakaian 70’an yang paling cantik. Erm, baju apa lah yang Pojie nak cari nanti ek?

Teater kedua adalah teater Suspen yang akan dipentaskan di Taman Budaya pada 24 dan 25 April nanti pada pukul 8.30 malam. Tiket berharga RM10. InsyAllah Pojie akan menyaksikan pada 25hb memandangkan pada 24hb Pojie ada jemputan untuk menyaksikan persembahan makyung di ASWARA nanti. Tidak sabar ingin membawa teman dari jauh untuk menyaksikan persembahan² yang telah dirancangkan ini…

Love,

Teater Bangsawan: SINBAD

8 Dis
Wahai sekelian sahabat dan taulan,

Usah la kalian bermuram durja, gundah gulana. Lupakan segala duka nestapa. Marilah bersama² kita menyaksikan Teater Bangsawan: SINBAD; Batu Permata Dewa. Keterangan lebih lanjut adalah seperti yang tertera di bawah ini;

Oklah, kembali kepada bahasa moden dan senang difahami.. Hehehe. So amacam tertarik menarik dengan poster di atas? Maaf tiada poster yang lebih besar dan jelas untuk kalian. Nih pun gigih la google. Sila la telefon nombor yang tertera tuh kalau kalian nak dapat poster yang original. Itu pun kalau insan² di atas dapat memberikan maklumat dan jawapan yang memuaskan. Kalau tidak dia main transfer² jer line korang nanti cam main netball. Biasa la kerajaan. No komen!!!

Tapi yang ini adalah teater penutup untuk tahun 2009. Tahun depan tak tahu lagi macam mana. Tapi yang menariknya pasal teater ni, ia akan dibarisi oleh beberapa nama yang terkenal juga seperti Aris Kadir (kareografer AF7), Farawahida dan Syafinaz Selamat! Wow, mesti mantap kan!!! Hope Syafinaz akan melontarkan suara emasnya. Bestnyer.. Sudah semestinya kene datang lebih awal kali ini bagi mengelakkan seat penuh lagi.

Jom kawan²!!!

P/S: Contest; Maknam Belakang Tabir sudah pun ditutup. Dalam proses pemilihan Top 5, pening paler gak nih. Harap dapat bersabar yer..

Love,

Teater Bangsawan Minggu Ini: Tun Mamat & Mimpi Tuanku VS Wan Cik Gondah

6 Ogo
Ok guys, bernafas kejap masa lunch utk update entri. I know u guys mesti tau yg POjie nih mmg giler mende² kesenian kan, lebih² lagi teater dan tarian. So now, weekend nih kalau saper² yg free n xde plan, meh pakat ramai² mai datang ke Panggung Bandaraya DBKL dan MATIC pada 7-9 Ogos 2009 nih nanti yer.. Sbb apa?? Sebab akan ada 2 pementasan iaitu:

Tun Mamat dan Mimpi Tuanku

Tarikh : 7 – 9hb Ogos 2009

Tempat : Panggung Bandaraya DBKL

Jam : 8.30 malam

Masuk: Percuma (tempat terhad)

Persembahan bermula pada pukul 8.30pm. Masuk percuma dan tempat duduk adalah terhad. So sila dtg awal² bg mengelakkan sebarang kesulitan. Pelakon kali nih pun mantap² iaitu Ashraf Muslim (Tun Mamat), Jalaluddin Hassan (Sultan Melaka) dan Sabrina Ali (Puteri Gunung Ledang). InsyAllah pojie pegi hari Ahad nti. Jumpa di sana!!!

Ini adalah agenda teater sepanjang tahun 2009 nih. Dalam pamplet tuh dia tulis Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang, tp dia dah revised tajuk kepada Tun Mamat dan Mimpi Tuanku.

Wan Cik Gondoh

Tarikh : 8 – 9hb Ogos 2009

Tempat : Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC KL

Jam : 8.30 malam

Masuk: RM15 (RM3 akan dimasukkan ke tabung amal).

Boleh didapati melalui urusetia 012-5497206 (Mas Izrul) dan buat masa ini di jual di kaunter pertanyaan MATIC, KL sehingga jam 5ptg. Thanks a lot to Iena Ryhanna for the info. Cuma xde poster ker dear..?

P/S: Buat penari² kabaret dan artis² budaya UMT (a.k.a. KUSTEM), jgn lupa temujanji kita pada hari Ahad nti k. Kita akan layan teater skali malam tuh. C ya!!!

Love,

Teater Bangsawan: Panglima Indera Kayangan

6 Jun


12 – 14 Jun 2009
8.30 mlm

BANGSAWAN “PANGLIMA INDERA KAYANGAN”

Sinopsis:

Bangsawan ini mengisahkan tentang perebutan kuasa diantara dua orang putera raja di negeri Indera Kayangan. Peristiwa ini berlaku selepas kemangkatan Sultan Dhiauddin. Akibat daripada perebutan kuasa tersebut maka berlakulah campurtangan kuasa luar. Pada waktu yang sama juga berlaku perasaan iri hati diantara pembesar negeri yang telah mengakibatkan berlakunya pembunuhan antara salah seorang satu daripada putera raja tersebut.

Masuk:
Percuma

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:
03-26176289/6309 (DBKL)
03-20523600 (JKKN)

Sumber:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

P/S: Saper aritu tnya pasal teater pasa bulan Jun? Mr Joegrimjow kan??! Ha, pls take note ya! Jom Rizz macam biasa. Remy xmo join sbb dia slalu maen teater skrg dah…

Love,

Hari Ahad & Teater Bangsawan

18 Mei

Di depan Panggung Bandaraya. Setiap bulan akan ada teater bangsawan kat sini secara percuma ok. Bagus usaha mereka utk menaikkan semula bangsawan di kalangan generasi muda mudi skrg..



Geng² kaki teater. Hehehe..

Aiyark!!! Dalam bz xbz arini, ini entri ke-6 utk arini. Giler ah!! Nih mesti aku kutuk² Rizz dah kene ketulah budak nih. Aiyooo, ampooonnn Rizz!!! Heheeh… Last night kan, Pojie gi tgok teater bangsawan Delima Mustika Sakti ngan kwn² Pojie. Saperkah mereka? Mereka adalah Abg Faizal, Zull, Rizz dan Pendot. Bese la Pojie nih layan cter² mcm nih sbb Pojie xpnh tgok atuk Pojie beraksi (FYI, Pojie bdarah seni, atuk Pojie org bangsawan tau!). Lgpun bleh mengisi masa lapang Pojie ngan xtvt yg bfaedah. Xla melepak sokmo kan. Lgpun nih teater free. Ada yg Pojie ajak, kekwat xmo join. Yela kan teater bangsawan, free plak tuh, so xmo la dtg. Eh, saper tuh?? Jgn trasa, Pojie ckp jer. Hehehe..

Antara babak² dalam teater tuh. Not bad, bagus gak org Johor buat, org kg aku tuh masing². Bangga seh! Hehehe.. I like the costume n lighting.

Persembahan extra-turn (selingan) antara setiap babak. Masa nih la krew² sibuk nk tukar props bagai atas pentas tuh kan. Bukan xtau, I pun pnh tlibat ngan produksi uols. Hehehe..

Dan macam bese, xsah klo Pojieb xlink kan blog blogger yg bersama² join menyaksikan pementasan nih. Kita lihat pndangan dan ulasan lanjut dari dia. Baiklah, skrg kiita bersama dgn Rizz. Chiooow!!

Love,

Teater Bangsawan: Delima Mustika Sakti

14 Mei

“BANGSAWAN ‘DELIMA MUSTIKA SAKTI'”
15 Mei – 17 Mei 2009
8.30 malam


Program Semarak Bangsawan Anjuran Bersama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pementasan Bangsawan ini dijayakan oleh Kumpulan JKKN Negeri Johor (Johor).

Masuk : Percuma

Keterangan Lanjut Sila Hubungi:
03-26176289/6309 (DBKL)
03-20523600 (JKKN)


Love

Jemputan Menyaksikan Teater Bangsawan PUTERI SAADONG

14 Feb

Teater Bangsawan Puteri Saadong
Panggung Bandaraya, DBKL
13 – 15 Februari 2009
8.30 malam
Smart kasual
Masuk adalah PERCUMA


Bagi mengubat kegundahan di hati lantaran tidak dapat menyaksikan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, dengan ini, Pojie berbesar hati ingin menjemput kawan2 dan pembaca2 sekalian utk menyaksikan Teater Bangsawan Puteri Saadong seperti yg diwar2kan di atas. Puteri Saadong pun jadi la kan. Pojie berhajat utk menyaksikan pada hari Sabtu (14 Feb) bersama2 dengan kwn2 dan Sayap2, jom ramai2 join! Masuk percuma tuh.

*Kredit buat Edy Ramanov atas informasi ini.

Jemputan Menyaksikan Teater Bangsawan PUTERI SAADONG

14 Feb

Teater Bangsawan Puteri Saadong
Panggung Bandaraya, DBKL
13 – 15 Februari 2009
8.30 malam
Smart kasual
Masuk adalah PERCUMA


Bagi mengubat kegundahan di hati lantaran tidak dapat menyaksikan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, dengan ini, Pojie berbesar hati ingin menjemput kawan2 dan pembaca2 sekalian utk menyaksikan Teater Bangsawan Puteri Saadong seperti yg diwar2kan di atas. Puteri Saadong pun jadi la kan. Pojie berhajat utk menyaksikan pada hari Sabtu (14 Feb) bersama2 dengan kwn2 dan Sayap2, jom ramai2 join! Masuk percuma tuh.

*Kredit buat Edy Ramanov atas informasi ini.